Saturday, March 12, 2011

Cinta tak semestinya harus kita miliki...

'Argh, kejap je la. 5 minit je'. cetusku. Malas benar rasanya pagi nie. Mataku rase berat sangat. Apa taknye, semalaman aq cube siapkan kerja-kerja tapi tak siap juge. Alarm handphone masih nakal mengganggu lenaku. Seolah tak beri peluang langsung untuk aq terus diulit mimpi. Akhirnya aq menyerah dengan kedegilan handphoneku. Aq bangun juge secare pakse. Sempat juge check inbox. Mane taw ade yg hantar text. "wei, jgn lupe bawak laptop. Arini kan ade presentation. Hoho". Geleng kepala aq bace text Athirah. Aq ingatlah. Kalau tak membazir je la aq berlatih bercakap sorang2. Dengan pantas, tuala aq capai setelah menyedari sudah agak lewat. Selesai bersiap, terus aq melangkah ke kelas. Tibe di kelas, ku lihat Athirah sedang rancak berbual bersama teman-temannye. Setiap kali aq memandangnye, tak pernah dia memandangku. Tak tahu lah kalau2 waktu tu aq yang sedang melihat ke tempat lain. Pensyarah pown masuk dan kelas berjalan seperti biasa. Tumpuan aq berikan 100% kerana aq sedar, ini adalah faktor untuk menjadi pelajar cemerlang dan pada waktu yang sama untuk mendapat keberkatan pengajar. Cuma sesekali aq mengusik teman2 hanya sekadar untuk menghilangkan rase mengantuk. Masih segar diingatanku saat kali pertama bertemu Athirah, sewaktu sesi memperkenalkan diri. Kami tidak langsung memulakan butir bicara. Hatiku terdetik rase yang laen macam. Mungkin ini dikatakan 'first luv by first sight'. Tergelak kecil aq dengan pemikiran aq sendiri yang bukan2. Mungkin itu yang mendorong aq untuk rapat dengannye. Pada mulanya aq sangkakan dia seorang yang pendiam. Rupanya seorang kuat bercerita dan peramah. Pelbagai topik sering muncul dibibirnya dengan muka yang ceria. Aq seorang pendengar yang setia, hanya akan mengangguk dan menambah sedikit 'kata2' jika perlu. Aq sangat senang bersamanya dek 'keceriaannya' dan kulihat dia tak seperti perempuan lain yang kebanyakannya hanya suka bergosip sesama sendiri. Semakin hari, aq semakin selesa dengannya. Aq sedar aq tidaklah sebaik mane. Namun apa dayaku. Aq juga seperti remaja yang lain. Lumrah manusia. Aq cuma mampu berdoa 'Ya Allah, kalau benar dia jodohku, kau tautkan cinta kami. Tapi jika dia bukan jodohku, kau kuatkanlah hatiku untuk merelakan dia pergi. Aq redha atas kehendakmu', bicara hatiku setiap kali hatiku terusik teringatkan Athirah.
=========================================================================
"Shah, nak tanye sikit nie", ujar Athirah dalam satu perbualan telefonku dengannye. "err. Nak tanye ape? Tanye je lah" ku mulakan bicara. "Aq nak kahwin la Shah" ku membulatkan mata. Terkejut dengan kata2 seperti itu. Ku dapat rasekan hatiku berdegup kencang. "takde. aq cakap je sebab kang kalau aq cakap aq nak mati nanti tak baik pulak kan. Baik aq cakap aq nak kahwin. Hahaha" katanya penuh gembira dihujung talian. Tiba2 aq berasa ingin tahu, adakah dia mempunyai perasaan terhadapku?. Tapi segera kuingatkan diriku, Athirah tu bukanlah milikku. Terpulanglah padanya untuk memilih. Aq akan gembira jika aq tahu dia gembira. "Haa..kahwin jelah. Asalkan kau bahgie" jawabku selamba sambil ketawa. Selesai itu segera ku hantar text kepada Aqilla, rakan baikku dari kecil. Hanya dia yang aq percaya untuk berkongsi cerita. Tambahan pula, Aqilla tu perempuan. Mudah memahami masalahku dengan kaum hawa ni. "Alaa, maybe dia saje je nak manje2 dengan kau. Hahaha. Baguslah kalu dia suka luahkan mende2 camni ngan kau. Ada 'chan' ni nk tackle" SMS terakhir Aqilla kubaca dengan senyuman. Tapi Aqilla ckap maybe. Ah, janganlah berharap sangat. Nanti kecewa pula aq. Tapi amat berat. How to let go of sumone? Seperti biasa, hatiku berbicara. 'Ya Allah, kalau benar dia adalah jodohku, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus bersabar". Aq berdoa didalam hati sambil membaca Surah Al-Fatihah. Sampai ke ayat terakhir, kulihat seseorang melintas didepanku. "Alamak!!Athirah!!!" jerit hatiku malu. Kurasakan mukaku merah padam. Terasa bahang menerjah mukaku. Ah, bencinya perasaan ini. Ahirah, I think I like u alot!!!
=========================================================================
Suatu hari selesai cuti semester, aq mendapat khabar yang Athirah telah keluar bersama rakan-rakanya dan seorang teman kepada rakan Athirah yang turut serta sewaktu mereka keluar bersama itu seperti telah jatuh hati padanya. Tibe2 rase cemburu mula timbul entah dari mane. Shah makin sedar. Dia tak harus menyalahkan pemuda tersebut. Dia tak bersalah. Shah cuba menyalahkan dirinya pula. Mengape aq perlu rase begini? Mengape aq mengharapkan Athirah dari dlu? Dan persoalan yang pasti timbul, mengapa aq kasih kepadanya? Dadaku semakin perit. Sudah lame ku tidak rase begini. Ini rupanya yang dikatakan cemburu. "Aqilla, she's not mine. Maybe she likes the other one more than me. I'm hepi as long as she's hepi" SMS ringkas itu cukup menggambarkan kesedihan dan kesediaan Shah untuk menerima segala perkara yang miungkin terjadi. Shah sedar. Dia sedia berundur sekiranya perlu. Tapi disaat jiwanya cube merelakan, memori bahgia nya muncul silih berganti.. "What? Sabar je la Shah.. Aq tahu kau kuat. Lagipown kite tak tahu  isi hati sebenar Athirah" balas SMS Aqilla. Ringkas. Mungkin dia sendiri celaru untuk memberi sebarang pendapat seperti hari2 sebelumnya. "Yup. Aq cuba kuatkan diri. Aq sanggup undur diri tapi aq tetap takkan lupakan dia dan cari yang lain. It takes time. Aq cuma nak nengok dye gembira tersenyum seperti dahulu" punat send ditekan. Hati Shah masih lagi celaru pada hari2 berikutnya. Kadangkala muramnye jelas kelihatan dikelas dan adakalanya dye berjaya menutup semua itu dengan senyuman dan gelak tawa. Dia perasan, cara Athirah berbual dengannya tidak sama seperti dahulu. Tidak semesra dahulu. Athirah tidak lagi sudi berkongsi masalahnya dengan Shah. Risau dibuatnya Shah. Pelbagai persoalan mula timbul di benak hatinya. Adakah Athirah sudah menyampah dengannya, atau terlalu banyak masalah yang ditanggung olehnya hinggakan dia menjadi tertekan. Mungkin ada hal yang lain. Dia pown tak tahu. Aqilla pun sudah buntu bagaimana hendak mambantuku. Mungkin juga aq yang terlalu banyak memikirkannya. Ah, lupakanlah semua itu.
=========================================================================
Aq pasti Athirah tidak mengetahui bahawa aq sangat mengambil berat dan risau tentangnya. Risaunya Shah terhadap Athirah hingga terbawa-bawa di dalam mimpi. Aq kini hanya melihatnya dari jauh dan cuba membantunya sesenyap mungkin tanpa pengetahuannya. Akhirnya, Athirah benar2 memilih jejaka tersebut. Pada mula aq mendengarnye, terkeduku tidak terkata. Terkesima aq sebentar. Aq mula hidup sendiri. Mampu melihat kebahgiaan Athirah dari jauh. Sering kuingatkan diriku, aq akan bahgia hanya jika Athirah bahgia. Aq bertekad untuk tidak mencari yang lain. Hatiku kini tertutup. Program Matrikulasi berlalu. Tempoh yang singkat sebenarnya. Tapi ku rase ia amat lama. Dengan keputusanku yang agak cemerlang, aq ditawarkan belajar Business Management di Universiti Australia. Peluang yang ditunggu takkan aq lepaskan. Biarlah aq pergi jauh. Jauh dari Malaysia. Cukup untuk aq jauh dari Athirah. Mungkin alasan itu terlalu kuno. Lari kerana berkorban kasih. Tapi disabalik pelarian ini, memberi Shah satu kebaikan. Akan ku ajarkan hati ini untuk merelakannya. Melepaskan segala yang bukan milikku. Sekiranya kita mencintai tak semestinya kita memiliki. Moga Athirah bahgia di samping dia. Athirah, maafkan aq. Kan aq sudah berjanji denganmu dulu, walaupun kau sudah bersama yang lain tapi kau takkan pernah kehilangan aq. Aq sentiasa ada sekiranya kau memerlukan bantuanku.
=========================================================================
"Shah minta maaf. Shah dekat airport nie. Jalan 'jam' la. Lambat sikit tibe kat kenduri kahwin Athirah tu. Sempat lagi ke nak nengok dyorg bersanding?", tanyaku perlahan. Menahan sebak di dada. Takut dikesan Aqilla yang sudah pun tiba disana tengah hari tadi. "Sempat lagi la Shah. Kau bawa kereta jangan macam dekat trek perlumbaan pulak. Tak pasal2 kena tahan dengan polis. Lagi lambat kau kene tahan. Hahaha". Nasib baik Aqilla tak menduga apa2. Setelah 1 jam memandu, tiba juga aq di hari persandingan Athirah. Sempat juga aq melihat dia bersanding. Aq lihat Athirah sudah semakin cantik setelah sekian lame tidak berjumpa. Tambahan lagi dengan persolekan perkahwinannya dia duduk bahgia di atas pelamin. Tersenyum aq sendirian di tempatku duduk. "Kalaulah yang duduk di sebelahnye itu aq", gumamku berseorangan. Selesai majlis aq pun pergi tanpa berjumpa dengan Athirah. Sempat ku suruh Aqilla menyampaikan salamku kepadanya. Pergilah aq meneruskan hidupku sendiri. Dia bahagia. Dan aq juga bahagia. Cinta tak semestinya harus kita miliki... Cinta abadi milikNya...

p/s; Salam...fuh...penat aq mengarang cerpen..first time dalam hidup beb..hahaha..tak tau la bes ke x citernye...aq maen taip je..sudi2 la bace ye..kennyfm roger n out(o_0)

2 comments: